Wednesday, January 4, 2012

Persepsi.



Aku tak pernah percaya yang kahwin muda tu kita boleh bahagia . Ahh ! Umur aku terlampau awal nak bersoal jawab tentang sebuah hubungan yang benar benar suci . Mendirikan masjid , menjauhi dari dosa , maksiat . Ya . Memang benar tentang itu !


Tapi sekarang aku berbeza . Aku berfikir di luar kotak . Mata aku dah terbuka . Ini dari seorang lelaki dan seorang wanita yang muda . Sangat muda . Aku tak pasti mereka kahwin seawal umur berapa . Tapi sekarang mereka sudah punya 2 cahaya mata yang comel sekali . Amat comel . 


Paling terharu bila setiap apa yang berlaku , mereka abadikan dalam lensa camera . Dari saat baby baru menghirup nafas bumi untuk beberapa ketika . Sehinggalah baby mereka besar kini . Dan saat si ayah dan ummi nya menanti detik kelahiran cahaya mata . Ahh ! Terharu sungguh . Sungguh . Rasa mahu berderai airmata pun ada . Pasti empunya diri lagi bahagia bukan .


Mereka pasangan secocok . Pasti mereka berdua  kuat dan tabah . Pasti cinta mereka suci murni . Pasti kasih yang bertaut sukar dipisahkan . Pasti cahaya mata mereka umpama hidup mati mereka . Ahh ! Banyak sungguh pasti di benak . Aku pasti mereka bahagia . Dan aku juga mengharapkan mereka bahagia hingga ke akhir hayat .


Aku kenal tanpa sengaja . Harap ia tak berkesan di jiwa . Tapi sekarang , lain aku rasa . Aku sangat teruja . Terima kasih kerana membuka mata . InsyaAllah , 'Adam' aku dalam perjalanan menuju ke aku . Aku tunggu detik itu . Amin !! ~



No comments:

Post a Comment