Adam aku,
Entah di mana kau berada kini?
Sedang memikirkan aku? Atau sedang beradu mengimpikan aku.
Adam aku,
Banyak sangat impian aku. Banyak sangat cita-cita aku.
Aku mahu kongsi. Aku mahu kau tahu.
Adam aku,
Andai kata telah tertulis jodoh kita.
Aku harap kau akan tenang di saat melafazkan akad di depan waliku.
Adam aku,
Andai kata ayah dan mama aku menangis tatkala hulurkan tangan aku ke engkau.
Maknanya tugas mereka ke atasku telah disandar ke bahumu untuk dipikul.
Adam aku,
Andai kata kita ditakdir hidup susah, jangan belakangi aku.
Bahu aku ada untuk dengar segala keluh kesah.
Adam aku,
Andai kata kita berselisih faham, aku mohon jangan tinggalkan aku.
Bawa berbincang dan rangkul aku kembali.
Adam aku,
Andai kata kau ditugaskan di luar negeri.
Jangan pernah miss untuk hantar pesan. Sebab aku rindu.
Adam aku,
Andai kata jauh di lubuk hati kau mahu curang denganku,
Ingat moment moment indah yang aku korbankan untuk kau.
Adam aku,
Andai kata aku ditakdirkan untuk jatuh sakit,
Sedikit belas kasihan manusia aku pohon untuk kau jaga aku.
Adam aku,
Andai kata aku ini bukanlah yang pertama pernah kau cinta,
Jadikan lah aku terakhir yang pernah ada dalam setiap dimensi hidup kau.
Adam aku,
Andai kata aku ini bukan isteri terbaik,
Pegang tangan aku dan pimpin ke arah benar.
Adam aku,
Kau tahu sudah apa aku mahu?
Kau ada terfikir ini semua?
Adam aku,
InsyaAllah 8 tahun lagi kita bertemu.
Aku takmahu ada sangsi dalam diri.
Sebetulnya aku rindu kau !! Aku rindu Adam aku . . . . Tapi , siapa ??!!
No comments:
Post a Comment