Ye betul , kau bukan kekasih hati . Kau belum jadi kekasih hati . Kau belum ada pada takhta pertama hati aku . Kau masih belum jadi johan .
Tapi , kau dah tarik perhatian aku . Kau berjaya buat aku tundukk dengan perasaan . Kau bawa aku terbang dengan perasaan sayang , rindu .
Cuma kau silap , kau lepas kan tangan aku bila aku sudah mula berfantasi di awan biru . Kau lepaskan genggaman tangan aku bila aku sudah mula mahu merangkul engkau dlm jiwa .
Aku jatuh tersungkur . Tanpa belas kasihan kau biarkan aku . Berdarah di sana sini . Tulang aku retak seribu . Hati aku hancur di pijak-pijak .
Aku di bawah hanya memandang kau di atas . Yang bergelak ketawa . Gembira mungkin menyelinap di jiwa lihat aku jatuh . Apa salah aku ?
Airmata menitik bercampur darah merah yg pekat mengalir . Tanpa kata kau pergi . Tanpa pamitan kau pergi . Tanpa ucapan 'selamat tinggal' kau pergi .
Kecewa aku . Sedih aku . Duka aku . Aku tanggung kini . Terima kasih !
P/S : Kau pasti baca . Aku yakin !
No comments:
Post a Comment