Saturday, July 2, 2011

Aku anak berdosa.


Apa agaknya ya perasaan si tua apabila bercakap dengan si anak dara tapi tidak dipedulikan ?

Apa agaknya ya perasaan si tua apabila ingin memulakan perbualan mesra hanya disambut dingin si anak ?

Apa agaknya ya perasaan si tua yang melangkah keluar dari pintu rumah tanpa mahu berjabat tangan dengan si anak untuk dikucup mesra ?

Apa perasaan si tua tatkala menekan pedal minyak dan meluncur pergi ?

Apa perasaan si tua ?

Adakah dia menangis sendiri di dalam hati ?

Adakah dia terasa ?

Adakah si anak berdosa ?

Adakah si anak kejam durjana ?

*Oh ayah , maafkan anakmu . Aku cuma tak mampu berkata-kata . Tapi percayalah , hati aku merintih untuk berbual mesra . Hati aku menangis bila kau mengangkat kaki keluar . Dan airmata aku menitis tatkala aku menaip entry ini . Maafkan aku , ayah :'(



-_____- *menangis lagi

No comments:

Post a Comment