Sunday, May 22, 2011

Pasti Rindu.

Berat aku nak melangkah sendiri tanpa sokongan kau lagi . Tapi , untuk apa lagi aku berharap tentang sesuatu yang belum pasti lagi jadi hak milik kekal aku . Kau akan bahagia . Percaya kata aku . Kau akan bahagia dengan dia . Walau setengah mati aku rindu kau , aku takkan pernah tergamak untuk hancurkan kau dan dia . Aku takkan ! Aku pasti . Tak perlu impikan aku lagi . Aku sudah mula kelam dalam cahaya yang suram itu . Aku telah undur perlahan-lahan di persimpangan kau dan dia . Aku takkan berpaling lagi . Aku sudah tinggalkan semua cerita bahagia kita dulu di hujung jalan ini . Jangan pernah kau kutip kenangan kita , sebab kau akan robekkan sebelah lagi hati di sana . Jangan . Berat untuk aku pikul semua ini . Aku cuma mahu kau bahagia . Jaga diri . Terima kasih~

*Selamat tinggal , Mondok ~

No comments:

Post a Comment